Later Belakang Program
-
Program Usahawan Muda ‘SME Bank 90-Days Biz Challenge’ adalah sebuah program tanggungjawab korporat Kumpulan SME Bank yang dilaksanakan bagi mewujudkan lebih ramai usahawan muda dari golongan belia. Program berbentuk pertandingan ini telah bermula pada tahun 2015 dan diadakan setiap dua setahun. Program ini telah mendapat kerjasama daripada Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
-
Tujuan program ini diadakan adalah untuk mendidik dan memupuk pelajar – pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti dalam bidang Keusahawanan dan menyediakan peluang kepada pelajar untuk menjadikan bidang Keusahawanan sebagai kerjaya utama mereka. Program yang berbentuk Keusahawanan ini mensasarkan pelajar – pelajar yang mengikuti Program Inkubator Keusahawanan di Politeknik dan Kolej Komuniti di seluruh Malaysia yang memerlukan para pelajar mendaftarkan perniagaan dan membuka sebuah syarikat. Setiap pasukan terdiri daripada empat orang pelajar dan seorang pensyarah pembimbing.
-
Program ini menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM45,000.00 dalam bentuk wang tunai, trofi dan sijil penyertaan.
-
Para peserta yang menyertai pertandingan ini akan secara automatic menjadi ahli Alumni SME Bank 90-Days Biz Challenge. Sebagai ahli, mereka akan mendapat akses kepada pelbagai maklumat mengenai pembiayaan dan menyertai program – program Keusahawanan yang dianjurkan oleh Kumpulan SME Bank.
Terma & Syarat Penyertaan
- Terbuka kepada semua pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti.
- Setiap kumpulan mestilah mempunyai 4 orang ahli (termasuk ketua kumpulan) dan seorang pensyarah pembimbing.
- Setiap Politeknik dan Kolej Komuniti boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan.
- Ketua kumpulan perlu membuat pra-pendaftaran penyertaan secara atas talian melalui portal https://90daysbc.smebank.com.my/register
- Menubuhkan sebuah syarikat baru dan perlu didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau di bawah pentadbiran kerajaan negeri (Sabah/Sarawak)
- Membuka akaun Bank dan mestilah didaftarkan atas nama syarikat.
- Borang Penyertaan, Garis Panduan dan Format Kertas Rancangan Perniagaan boleh dapati dan di muat turun di www.ysos.com.my.
- Borang Penyertaan dan Kertas Rancangan Perniagaan perlu dihantar melalui emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. sebelum 1 Mac 2022.
- Semua maklumat pertandingan boleh didapati melalui portal www.ysos.com.my dan Facebook Rasmi SME Bank 90 Days Business Challenge
- Sebarang maklumat yang diberikan oleh peserta yang tidak menepati syarat, pihak penganjur berhak untuk membatalkan penyertaannya. Penukaran ahli pasukan tidak dibenarkan.
- Semua peserta akan didaftarkan sebagai ahli Alumni SME Bank 90 Days Biz Challenge.
- Keputusan juri adalah muktamad.
Pendaftaran Penyertaan
- Penyertaan pertandingan ini dibuat secara atas talian melalui portal www.ysos.com.my Setiap pasukan dikehendaki menghantar borang penyertaan beserta kertas rancangan perniagaan yang lengkap untuk menyertai pertandingan. Kesemua penyertaan dan kertas rancangan perniagaan akan dibuat penilaian oleh panel juri berdasarkan kepada aspek pengurusan, pasaran, Kewangan dan teknikal. 20 pasukan /penyertaan terbaik akan dipilh ke peringkat akhir dan mereka akan diberikan wang modal sebanyak RM1,000.00 untuk memantapkan perniagaan.
Bootcamp
20 pasukan finalis dikehendaki untuk menghadiri sesi boot camp selama 3 hari 2 malam yang akan diadakan sebelum pertandingan akhir bermula. Semasa sesi boot camp, setiap pasukan akan diberikan pendedahan lanjut mengenai teknik untuk membuat pembentangan akhir (pitching), penyediaan laporan perkembangan perniagaan dan ceramah motivasi yang akan dikendalikan oleh Centre for Entrepreneur Development and Research (CEDAR), sebuah anak syarikat milik penuh SME Bank.
Video Perkembangan Perniagaan
- Peserta finalis dikehendaki menghantar video perkembangan projek maksimum (3 minit) sebanyak 2 kali dan akan dimuatnaik pada bulan April sehingga Jun 2022. Pada peringkat ini, undian atas talian (YouTube) akan dibuka kepada orang awam. Markah akan diperuntukkan bagi projek yang menerima. undian tertinggi.
Peringkat Akhir
- Di peringkat akhir, setiap pasukan finalis dikehendaki membuat pembentangan mengenai kemajuan perniagaan mereka di hadapan panel juri dan markah yang diberikan oleh panel juri akan diaudit oleh firma audit bertauliah bagi menentukan pemenang pertandingan.
- Majlis Penyampaian Hadiah akan dilakukan setelah 20 pasukan finalis selesai membuat pembentangan akhir mereka.
Borang Penyertaan, Format & Garis Panduan Kertas Rancangan Perniagaan
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut sila hubungi pegawai kami berikut :
- Encik Ahmad Tarmizi | 03-2615 2062
- Encik Asrin Aspuri | 03-2615 2064
Anda juga boleh emel kepada kami melalui This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.